Tuesday 10 July 2012

SK LELA JASA-KUALA KERAI

        




Menyelamat Pantai, Sungai Kayu Kayan  dan Alam Sekitar atau
MPSKAS merupakan sebuah pertubuhan NGO untuk memberi
kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama kepada pelajar-pelajar
diperingkat awal persekolahan.












Mengikut kajian kerosakan alam sekitar di Malaysia adalah berpunca daripada tiada kesedaran orang ramai betapa pentingnya alam sekitar kepada manusia. 
Faktor pertama ialah rakyat tidak diberi pendedahan diperingkat awal persekolahan mahupun menengah. 
Umum hanya mengentahui fungsi hutan sebagai sumber pengeluaran kayu balak sahaja. Amat sedikit yang tahu mengenai peranan pokok dan tumbuhan termasuk sungai, bukit bukau yang mana elemen ini adalah penentu kepada keseimbangan ALAM SEKITAR. 
Pokok dan tumbuhan-tumbuhan kecil yang mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi perubatan untuk menyembuh penyakit dibuang dan dibakar sahaja kerana KITA tidak ada pendidikan awal persekolahan. 
Begitu juga dengan pokok-pokok yang tumbuh meliar disekitar rumah yang boleh dijadikan ubatan tidak dipedulikan. 
Bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta, tak tanam maka tak sayangkan alam sekitar"




Kita biasa mendengar pepatah "tak akan pisang berbuah dua kali".
Namun lain pula dengan pokok pisang milik seorang penduduk di kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu dengan sekali berbuah mengeluarkan tiga tandan pisang serta lima jantung yang mana empat daripada jantung pisang itu tumbuh pada dua tandan yang sama.


Menurut Che Mat Che Mood, beliau mendapat benih pokok tersebut daripada adiknya yang berada di Sabah dan beliau tidak yakin pokok tersebut boleh tumbuh dengan subur kerana keadaannya yang tidak mempunyai akar ketika dibawa pulang.


Walaubagaimanapun, beliau cuba menanamnya dan menjaga pokok pisang itu sehingga tumbuh subur. Pada awalnya pokok tersebut hanya mengeluarkan empat jantung sahaja namun keesokan hari satu lagi jantung keluar dari celah tandannya
Kini rumahnya menjadi tumpuan penduduk yang ingin melihat sendiri keunikan kejadian Allah itu terhadap pokok pisang tersebut secara lebih dekat.
Beliau dan isterinya, Siti Aishah Abdullah bersyukur kerana dapat berkongsi keunikan tersebut dengan keluarga serta penduduk kampung berdekatan.


2 comments: