Kita biasa mendengar pepatah jangan pisang berbuah dua kali.
Namun lain pula dengan pokok pisang milik seorang penduduk di kampung Kubang Batang, Wakaf Bharu dengan sekali berbuah mengeluarkan tiga tandan pisang serta lima jantung yang mana empat daripada jantung pisang itu tumbuh pada dua tandan yang sama.
Menurut Che Mat Che Mood, beliau mendapat benih pokok tersebut daripada adiknya yang berada di Sabah. Ketika itu beliau tidak yakin pokok tersebut boleh tumbuh dengan subur kerana keadaannya yang tidak mempunyai akar ketika dibawa pulang.
Walaubagaimanapun, beliau cuba menanamnya dan menjaga pokok pisang itu sehingga tumbuh subur.
Tambah beliau, pada awalnya pokok tersebut hanya mengeluarkan empat jantung sahaja namun keesokannya satu lagi jantung keluar dari celah tandan.
Kini rumahnya menjadi tumpuan penduduk yang ingin melihat sendiri keunikan pokok tersebut secara lebih dekat.

Beliau dan isterinya, Siti Aishah Abdullah bersyukur kerana dapat berkongsi keunikan tersebut dengan keluarga serta penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment